Google+ Followers

Friday, 18 November 2011

aZaB nEraKa..




 KISAH NERAKA JAHANNAM

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka ...Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

 >tma ksh kpada s'siapa yg membaca kisah ine..jdkan ia satu ingatan dan pengajaran..p'rsiapkan sgala amalan di dunia ine untuk kita bawa ke akhirat nanti..pengisian bersama.

Wednesday, 16 November 2011

RESEPI MENAMBAH KECINTAAN KPD ALLAH


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Moga kita semua dalam rahmat Allah. Sesungguhnya kasih sayang dan cinta Allah itu terlalu manis dan membahagiakan kerana Allah adalah pemberi nikmat cinta, kasih dan sayang itu sendiri.

Subhanallah!

Syeikh As Syibli pernah mengatakan seperti dinukilkan oleh Imam An Nawawi dalan Nasa'ih al-'Ibad ;

"'Apabila engkau telah mengecapi manisnya dekat dengan Nya pasti kamu mengetahui betapa pahitnya putus hubungan denganNya".

Saudara-saudaraku sekalian, ayuh sama-sama kita rafakkan cinta pada Allah. Manisnya itu tidak terkata dan boleh saya katakan bahawa kecintaan kepada Allah adalah dorongan utama untuk diri saya bermujahadah melawan nafsu, mengisi yang perlu dan menolak yang suka.

Amalkan segala suruhan Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.

Jauhilah segala larangan Allah dan jangan sekali-kali mendekatinya. Ingatlah bahawa iman itu bukanlah dengan angan-angan tetapi dengan mujahadak kita menerusi perlakuan dan amal.

Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala hal.

Sentiasa berdoa kepada Allah sesungguhnya Allah suka pada hambaNya yang meminta kepadaNya.

Redha atas ketentuan Allah SWT sama ada baik mahupun buruk kerana itulah ujian keimanan qada dan qadar dariNya

Anggaplah dunia sebagai sebuah penjara. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah saw, "dunia itu adalah penjara bagi orang muslim dan syurga bagi orang kafir"

Sentiasalah perbaharui cinta dengan Allah SWT.

Ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT sahaja

Cintailah apa sahaja yang dicintai oleh Allah SWT dan bencilah apa sahaja yang dibenci oleh Allah SWT.

Dari Abu Darda' r.a. meriwaytakan bahawa Rasulullah saw bersabda, antara doa Nabi Daud a.s. ialah

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon kasih sayangMu dan kasih sayang orang yang mencintaiMu
, serta kasihkan amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah kasihMu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku dan daripada air yang sejuk"

  • sedikit sebyk pkongsian ilmu yg dpt dikongsi b'sma...

    MaTi ItU PaSti...


                                            
                                               selamat tinggal...
                                                 
                                               selamat tinggal pada dunia...
                                               sejahteralah aku di sampingNya...
                                               selamat tinggal pada semua...
                                               semoga berjumpa di sana..

                                               kenangan dan harapan...
                                               jangan di persiakan...
                                               bakarlah setanggi...
                                               jiruskan bidara...
                                               basahkan sang rindu di pusaraku...

                                               dan cukuplah kematian...
                                               jadi satu pngajaran...
                                               bukan tangisan bukan ratapan...
                                               darimu yang ku harapkan...
                                               tapi lafaz keikhlasan...
                                               doa tulus berpanjangan...
                                               semaikan takwa...
                                               leraikan dosa...
                                               dosa yg merantai jiwa...

                                               dan cukuplah kematian...
                                               jadi satu pengajaran...
                                               bukan tangisan bukan ratapan...
                                               darimu yang ku harapkan...
                                               tapi seluruh lurah...
                                               perlu insaf dan sedar...
                                               semaikan takwa...
                                               lraikan dosa...
                                               dosa yang merantai jiwa...

                                               duhai insan dengarlah...sedarlah..
                                               kembali sedar pada redhaNya..
                                               mohonlah keampuanNya..
                                               kematian ini..
                                               suatu tanda hidup ini hanya sementara..


                                              by:suhaimi(bekas ahli kumpulan inteam)

     >langit tak selalunya cerah,ada kalanya mendung,ada kalanye di hiasi pelangi nan indah begitu jga dengan   k'hidupan ini..tiada yg akan k'kal abadi melainkan di syurga Firdausi..

    >sekadar perkongsian bersama..