Tuesday 13 November 2012

JoM aMalKaN dOa ni *_*

Assalamualaikum semua...
entry kali ni sy nak berkongsi ckit doa di cepatkan jodoh(utk korg2 yg dh ada buah ati pengarang jantung) cewah ayat stail sgt la tu blh sgt if korg nk amalkan ayat ni..

sebenarnya tak salah if kita nk cepat2 dpt jodoh sbb kita pn manusia biasa je pasti punyai 1 perasaan mcm tu..benda yg baik dan perkara yg baik2 ne tak elok lengah2 kn tp kna berladaskan hukum syarak la..(ha..kalau yg dh wajib sgt nk kawin tu cepat2 kn la tarikhnye..he2)

macam mana plk kalau somebdy yg kita suka tu dah punya org lain??tak kn nk runtuhkan kbahgiaan org lain plk kn??tak sampai hati rasanya..tp dalam ayt ni ada suruh sebut nama simpulan2 yg kita suka tu..(Wlaupun die dh bpunya) ..mst korg kata sampai hati kn sy ne nk bt mcm tu skali..meh cni nk terangkn..

Andai kata ati kita ni tlalu sgt sukakan si die tp si die tu dh berpunya tak dak masalah if korg b'doa dn mohon pd Allah 'andai die jodoh aku ttpkan lah dan satukan hati kami dgn izinMu,jika die bukan utk ku kau satukanlah hatiku dgn insan lain yg lebih baik darinye'(si die yg korg suka tu)...InsyaAllah Allah sentiasa dgr rintihan hamba-hambaNya.
kita ni sekadar merancang,b'doa dn tawakal..itu kuncinye..
"Allah without our is still Allah BUT we without Allah is nothing"
remember that...

p/s:moga korag dpt amalkan ayat ni..InsyaAllah..moga2 terhasil ^_^


Monday 12 November 2012

MaMpUkAh Aku??


Mampukah aku jadi spt mereka??mampukah aku belajar untuk menjadi spt mereka??InsyaAllah..
kali ni entry aku warna warni ckt..macam warna2 kehidupan semuanya warna warni..kadang2 aku pikir juga kalau hidup manusia ni hitam dan suram je lagsung tak ada warna warni dalam hidup,macam mana ye??
Apa yg aku nak tulis kali ni sekadar renungan kita bersama,untuk korang juga..mampukah kita belajar menjadi setabah AISYAH,sesetia KHADIJAH,berani spt SHAFIAH,sabar spt FATIMAH,cerdas spt A'ISHAH dan sesuci MARIAM??manusia kat dunia ni tak dak yg sempurna..mcm kita,sbb tu kita cuba belajar jadi yg terbaik bukan utk menjadi bgitu sempurna tp di sisi Allah biarlah kita jadi hamba yg setia dlm mengikut suruhanNya..
Dalam melalui liku2 kehidupan sifat sabar dlm diri  mst kna ada,kalau tak sabar susah la..Antara kelima2 Wanita pejuang Allah ini,aku lebih kagum kepada siti Khadijah.Dalam memperjuangkan dakwah di jalan Allah Kadijah sanggup mengorbankan harta dan diri semata2 untuk berjihad di sisi Allah..tau tak Khadijah lah yg banyak menyumbangkan hartanya kepada Baginda Rasulullah,suami Khadijah sendiri..sehinggakan selepas kematian Khadijah pun dakwah Nabi tak pernah putus.Tau sbbnya??Antara pesanan terakir khadijah kpd Nabi supaya mejualkan tulang2nya agar Nabi bisa meneruskan dakwah islam,dakwah yg suci di sisi Allah..tp sekarang mana perginya semangat itu semua dalam diri kita??
sememangnya aku tak mampu nak jadi sepeti Khadijah, korang plk mcm mana?tp... mungkin kita mampu belajar agar semangat jihad berdakwah itu tersemat dalam diri kita,diri aku jgk..kalau boleh aku nak cuba jadi wanita yg baik,sahabat yg bisa menyokong sahabtnya di belakang,mampu menjadi anak yg solehah,taat kpd keluarga,menjadi isteri yang taat pada suami dan yang penting,pertama dan terakir dan untuk nafas hidup aku agar aku bisa menjadi hamba yg mampu berjuang di jalan Allah,yg mampu berjihad menegakkn kalimah Allah,yg mampu melawan musuh2 Allah..Apa yg penting "Ammar ma'aruf nahi mungkar"..
utk kawan2..berjuanglah dengan apa cara sekali pun utk menegakkan Agama Allag,agama yg suci Agama yg di redhai olh Allah..setiap yg datang itu adalah ujian yg kita perlu tempuhi dgn sabar dan tabah ^_^
moga ianya menjadi renungan kita besama ..................

Tuesday 30 October 2012

kEnAnGan MetOd GrOuP A

ni pic group kecik aku,sempoikan





Time ni ada lunch dengan pensyarah..cewah ayat xblh blah..Just tinggal kenangan je..Sebenarnya tak cukup korem.hahaha ingat aku kat mad zain nak balik cepat sebab nk gi bagi makan kat kucing jiran.Orang kata apa alang2 ada kat kuin tu singgah jap mkn free,bkn senang puan nk belanja..

ingat lagi time awl2 dlu puan nak campurkan laki n pompuan bising hbs kls sebab pakat tak mau campur,bukan apa puan cakap group A ne group exprimen dia..waa ad group exprimen la plk..kat U lain nk buat keja apa2 semua campur laki pompuan ada macam2 pendapat dan idea,tak gitu..tapi memang btl pun..pandai puan kan..puan ni bukan calang2 org tau Prof Madya tu.jadi tak heranlah kalau ilmu dia banyak.bilik dia kat kuin tak payah kata la buku saja2 penuh ats meja..tabik la kat puan.

   Dalam group kecik2 ni ada la dalam 5 group cuma group aku je yg ok cikit 4 laki 4 pmpuan.awl2 mmg pakat2 malu tp di sebabkan kerja punya pasal buat muka skupang ja.apa taknya bt malu pakai tak jadi keja la..awl2 ja malu lama2 bila dah kenal sempoi hbs..
  Diam tak diam sampai jgk kemuncaknya buat prezen kot,siap ada slide lg.apa2 pun semuanya berakhir dengan jayanya walaupun soalan bertubi2 dari puan..nasib ada member yg cover blh jwb gak..

  Aku balik umah sewa past habis kls subjk apa tah(dh lupa daa) bukak edmodo..edmodo ni untuk penyelidikan je mcm fb jgk tp just berkaitan dgn sbjk metod ne ja.apa2 info just klik kt situ..semuanya di hujung jari..bukak pnya bukak ada la info dr puan just group  A ja,ada masa jemput mai tempat sekian2 saya bt jamuan ckit..aik group A je ke group lain mana..emm punye la tak nak simpan rahsia tup2 pakat dh tau..pakat nampak puan angkat makanan  bwk pi bilik jamuan..bukan apa kesian kat kwn2,sorry ek kwn2..apa2 pun tq sgt2 puan jasamu sentiasa di kenang.
  Nak tgk pic yg lain jom!!!!!

ni tgh tunggu nak baca doa,hehehe sabar ye..
 
ha..ni barisan pensyarah,eh tak nampak muka puan la plk!






ni belah pompuan..eh kak yam baru sampai??sila2,hehe

tgk sodap kan..ambik jgn tak ambik,ambik banyak2 pun tak pa buat macam jamuan org.hahahah

waa lawa mulut tu..hehehe tgh makan la tu..oh cik myra

makan2 jangan malu..

sesi bergambar metod group A..puan yg keck molek tu..hehe



mcm bahagia je sorg2..hahaha
  Apa2 pun thanks puan jemput kitaorg.sodap makanan tadi time tghari plk mmg masuk lah..jasa dan pengorbananmu sentiasa di kenang.puan mmg spoting! hehehe ^_^

Sunday 29 July 2012

PeNgHijRaHan ItU BaiK diSisi Allah


"Berubah itu bukan perkara mudah..Tahniah kepada sesiapa yang mampu melakukan perubahan".Dunia di ambang kejatuhan puak2 jahiliyah dan akan kembali pula kebangkitan islam seperti zaman Nabi dn para sahabat.Apa yang nak di sampaikan di sini dunia semakin dekat dengan khiamat iaitu hari pembalasan..Manusia semakin hari semakin lupa dengan hakikat kejadian.Apa yang pasti itulah rialiti yang berlaku sekarang..apa yang menyedihkan lagi pembuangan bayi semakin berleluasa,sedangkan anak kecil itu tdak tahu apa2,mereka tidak berdosa walau sebesar zarah sekali pun,tetapi kenapa mereka yang jadi mangsa..Yang lagi menyedihkan anak tak mengaku mak ayah..sedarlah mereka yang menjaga dan membesarkan kita sejak hari pertama di lahirkan sehinggalah sekarang..
Seperti aku...aku tak pernah merasakan kasih sayang mak dan ayah..apatah lagi pelukan dan ciuman dari mereka..Entah kenapa hatiku sebak pabila teringatkan arwah ibu......Ya allah kau cucurilah rahmat ke atas arwah ibuku Azizah bt Ideris,tempatkan lah ibuku dikalangam orang2 yang beriman..Amiin.kepada sahabat2 yang masih punya mak dn ayah hargailah setiap saat tika mereka masih bernafas didunia ini,gembirakan mereka..jangan sampai kita menyesal dikemudian hari.

Berubah demi kebaiakn adalah perkara yang di sukai Allah..Jika kamu ingin berubah teruskan perjuangan itu,jangan berhenti di persimpangan jalan.Istiqomah berterusan dan solat istiqoroh,itulah tunjang utama,mohon petunjuk Allah Taala dibukakkn pintu hati kita,biarkan ia bersinar seprti matahari..pasti kamu akan tenang setenangnya.InsyaAllah..

Coretan ini ikhlas dari hati untuk pembaca Blogger ini..Ilham yang tiba2 hadir,membuatkan rasa ngin berkongsi coretan didalam blogger  ini..Nasihat kepada sahabat2 yang ingin berhijrah @ sudah melakukan perubahan utk diri sendiri teruskan berubah,itu yang terbaik untuk kita.Jangan hiraukan kata2 orang,'mulut tempayan bolehlah ditutup tapi mulut manusia ni cukup susah nak ditutup'.kalau kita terlalu pikirkan kata2 orang,orang ni kata macam ni orang itu kata macam tu..sampai bila pun kita takkan berubah..betul tak?? renung2kn moga2 ada rasa keinginan untuk kembali ke arah kebenaran,InsyaAllah, Allah sentiasa bersama dengan kita lebih2 lagi orang yang punya niat untuk berubah..

Sunday 15 April 2012

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM





Ya Allah kepadaMu ku sandarkan harapan..


Jika hati kita telah mencintai seseorang,
Jangan biarkan si dia ketahui,
Kerana nanti Allah akan kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
Mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa,
Kerana Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.



"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukuplah  mencintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukuplah mencintai dari kejauhan,
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian,
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan,
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.

Cukuplah mencintai dengan kesederhanaan,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan,
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.

Cintailah dengan keikhlasan,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati,
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri.

Cukuplah mencintai dalam diam, dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan,
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan,
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan,
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya,
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
 
Berilah sepenuhnya cinta kepada Illahi,
Kerana Dia yang layak ke atas hambanya,
Menjadikan pelusuk alam yang luas terbentag,
Yakinlah Allah sentiasa bersama hambaNya,
InsyaAllah..



 

Monday 9 April 2012

siFaT mAlu mEnGhiAsi HaWa






melalui coretan rasa ini
marilah kita sama2 renung dan fikir kembali
dimana kelemahan dan kekurangan diri
agar liku2 kehidupan yang kita tidak tahu noktahnya
agar dibawah kasih sayang Ar-Rahman
sentiasa dieri petunjuk dan hidayah

seringkali kita alpa dan lupa tentang hakikat kejadian 
kehidupan untuk mengabdikan diri kepada Yang Esa
namun manusia seringkali lupa diri
kesan hitam dosa terpalit di pakaian kita
jijik dan memualkan

kita tidak mempunyai sifat malu
kerana sifat malu kepada Allah menjarakan kita
daripada maksiat
Allah sentiasa melihat dan mengawasi kita
Dia Maha mengetahui segalanya

Duhai insan
Semailah kuntuman malu di taman iman
Agar kembangnya nanti menjadi penyeri
Dan harumannya menjalar dan meresap diseluruh sanubari

ciNtA sEjaTi





Di mata manusia kufur yang hatinya tiada Cinta kepada Ilahi, kekasihnya adalah bagai sekuntum bunga. Yang indah dipandang mata, namun tidak lama sebelum layu, hilang seri dan berdebu dibawa pergi. Bercinta, biarlah sebagai benih yang disemai untuk mengejar Cinta Ilahi, Cinta Sejati…

 
Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia, manusia kan mati 

Cintakan dunia, dunia kan kautinggalkan pergi

Cintakan Ilahi, cinta sejati

Puas sudah aku harungi
Hamparan dunia yang fana ini

Mencari sebutir permata cinta

Yang tak pudar sinarnya walau ditelan masa

Kini sinar-Mu mula menerangi 
Mendung hatiku cerah kembali

Terpancarlah sinar suci di lubuk hati

Menerangi gelita jiwa 

Awan mendung berarak pergi
Berganti sinar pancaran Ilahi

Tertautlah perasaan ini

Dengan cinta abadi cinta Ilahi